ABOUT US

Terima kasih kerana mengunjungi kami.

Healthcare AvenueLaman ini telah diterbitkan untuk syarikat Healthcare Avenue yang beroperasi di No3A & 5A, Jalan Pulai 20, Taman Pulai Utaman, 81300 Skudai, Johor Darul Takzim. Kami adalah pengedar tunggal negeri yang di lantik oleh syarikat Al Wahida Cosmetic and Herbs untuk memasarkan produk berjenama eternity™.

Sebagai syarikat yang bergiat aktif dalam pemasaran produk-produk penjagaan kecantikan dan kesihatan, matlamat kami ialah untuk menjadi penyumbang kepada kesejahteraan umat serta meningkatkan kualiti kehidupan seluruh masyarakat.

Bagi menunaikan tanggungjawab ini, kami telah merancang untuk melantik lebih ramai lagi rakaniaga yang berminat  untuk menjadi agen atau stokis di daerah-daerah lain bagi membantu memasarkan produk-produk eternity™.

Sila kunjungi rangkaian kedai-kedai kami yang berhampiran atau hubungi kami dari masa kesemasa untuk mendapatkan khidmat penerangan produk atau memberi sebarang maklum balas berkenaan produk serta mutu perkhidmatan kami.

Healthcare Avenue
Johor Darul Takzim.

PERUTUSAN PENGASAS PRODUK.

Ust. SyamsuddinPenjagaan Kecantikan dan kesihatan  merupakan industri yang sedang berkembang pesat tanpa mengira kegawatan ekonomi. Jualan global menjangkau USD Trillion.

Al-Wahida mengambil kesempatan ini untuk terus beralih dari penjualan rangkaian produk kecantikan dan kesihatan secara bersendirian kepada cara lebih proaktif dengan mewujudkan peluang program Rakaniaga (Al’Wahida.Biz) ke rangkaian gobal kepada usahawan sediada dan usahawan baru.

Al-Wahida telah dan akan mengeluarkan lebih banyak rangkaian produk hebat dan mewujudkan program memperkasakan rakaniaga untuk menembusi pasaran antarabangsa.

InsyAllah,  diharapkan pengusahaan ini akan memberikan anda satu titik mula dalam perniagaan anda.

Wassalam,
Ustaz Syamsudin Rasyid.

PESANAN DARI DUTA PRODUK

Duta produkEyeja
Artis, Pengacara dan bekas peserta Bintang RTM Kuala Lumpur 2004

Shahizal Mohd Arshad atau Eyeja, gadis berdarah kacukan Melayu-Pakistan. Eyeja merupakan salah seorang bekas peserta Bintang RTM Kuala Lumpur pada tahun 2004. Beliau kini diberi kepercayaan oleh pihak RTM untuk mengacarai beberapa program-program terbitan RTM dan sekaligus telah menaikkan nama beliau sebaris dengan pengacara-pengacara baru ketika ini.

Al-Wahida Cosmetics & Herbs melantik Eyeja sebagai Duta kepada produk-produk Al-Wahida kerana kami percaya bahawa produk-produk kami dapat menjaga dan memelihara kecantikan wajah serta penampilan Eyeja di kaca TV. Produk-produk Al-Wahida direka dan dibuat sebegitu teliti untuk semua lapisan masyarakat terutamanya kepada mereka-mereka yang begitu mementingkan penjagaan diri dan kecantikan mereka seperti Eyeja.

“Saya yakin dengan mutu dan kualiti produk-produk Al-Wahida. Sejak mula dilantik menjadi Duta kepada produk mereka, saya telah mencuba beberapa produk-produk yang disyorkan termasuk penjagaan dari segi muka, kulit dan penjagaan dalaman. Dan setelah mencubanya beberapa bulan, saya dapati ada perkembangan positif terhadap penampilan diri dan dalaman saya. Produk Al-Wahida bukan sahaja begitu kualiti dan bermutu malah ia adalah barangan halal yang boleh diyakini. Produk Al-Wahida, semestinya diyakini.” – Eyeja

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: